Wednesday, September 9, 2009

Save Your Money, Save Earth


Kenapa pilih lampin kain moden (cloth diaper) berbanding lampin pakai buang (disposable diaper)?

Kenali Lampin Kain Moden (Cloth Diaper)

  1. Mesra Alam; setiap tahun dianggarkan sebanyak 5 juta tan bahan buangan di pusat pelupusan sampah adalah berpunca dari disposable diaper.
  2. Ekonomi; Anda mampu jimat sehingga RM2000-RM3000 setahun!. (Lihat contoh pengiraan di bawah).
  3. Boleh diguna oleh anak seterusnya; maka lebih jimat wang anda!
  4. Kurang ruam lampin; kajian menunjukkan, hanya 7% bayi lampin kain mengalami ruam lampin berbanding 78% bayi lampin pakai buang.
  5. Kesihatan bayi; Bahan kimia yang digunakan bagi fungsi "super-absorbency" dalam disposable diaper adalah Sodium polyacrylate, yang dikaitkan dengan TSS (Toxic Shock Syndrome) dan boleh menyebabkan allergi.

Kenali Lampin Pakai Buang (Disposable Diaper)
  1. Dioksin disenaraikan oleh EPA (U.S.Environmental Protection Agency) sebagai toksik yang boleh menyebabkan kanser. Dioksin digunakan dalam proses bleaching paper.
  2. Tributyl-tin (TBT) – toksik yang boleh menyebabkan masalah hormon kepada manusia dan binatang. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  3. Sodium polyacrylate - Berupa gel iaitu kristal yang sangat menyerap. Bahan ini juga ditelah dibuang daripada tampon kerana kaitannya dengan sindrom toxic shock. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, jangkitan dan demam.
  4. Meningkatkan jumlah peratusan bayi yang rashes daripada 5%(1955) kepada 78%(1991).
  5. Pembiakan bakteria dan ammonia melalui air kencing.
  6. Penyebab athma di kalangan bayi.
  7. Kajian tahun 2000 (German) menyatakan suhu yang terlampau tinggi pada bahagian skrotum bayi lelaki menyebabkan kerosakan pada mekanisma penyejukannya dan boleh mengakibatkan masalah kemandulan.
  8. 50% daripada sampah domestik rumah.
  9. Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
  10. Mengambil masa 500 tahun untuk terurai!
Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Diaper & artikel oleh Puan Suraya from Lunatots.com

Kos

Sekarang kita lihat dari segi kos pula:
Katakan bayi anda menggunakan 10 keping lampin pakai buang sehari.

Penggunaan: 10
kpg/hari

Harga: RM0.60/pc (jenis biasa)

Kos Sehari: 10 kpg x RM 0.60 = RM6.00

Kos Sebulan: 30 hari x RM6.00 = RM180.00

Kos setahun: 12 bulan x RM180.00 = RM2160.00

Kos sebelum "potty train": 3 tahun x RM2160.00 = RM6480.00

Dan anda hanya memerlukan kira-kira 20 keping Cloth Diaper, bermakna

20 kpg x RM 47 = RM 940 sahaja!!!

Jangka Hayat

CD yang sama boleh digunakan untuk anak yang seterusnya :)

Penggunaan CD juga terbukti menyebabkan anak lebih cepat diajar potty train!


Lunatots on TV3 - part 1





Lunatots on TV3 - part 2



No comments:

Post a Comment